Assalamualaikum
Assalamualaikum.. Ini adalah blog kedua aku, sebelum ni aku pernah buat blog tak silap 2009. Memandangkan masa tu tiada sangat benda nak cerita on off je la blog tu. Jadi blog ni aku cuba menulis segala pengalaman-pengalaman aku sama ada pengalaman kerja, belajar, jadi isteri dan ibu. Tengok mood la. Jadi mana-mana pengalaman aku akan kongsi nanti mana yang baik hangpa amik la.Mana tak baik ambil sebagai iktibar.Sebagai manusia ada masa kita diuji keburukan, ada masa kita diuji kebaikan. Aku tak kata aku sempurna, aku ni pun banyak salah silap. Sebagai pengenalan, nama aku Mashita Harun. Panggilan ikut la mana orang selesa.Sekarang tak kerja dok rumah jadi Pengurus rumahtangga setelah 11 tahun bekerja sebagai Jurutera. Dah berkahwin ada suami dan dua orang anak laki. Ok la sampai sini la kita jumpa post seterusnya. Terima kasih kerana membaca 😉!